Servis merupakan salah satu teknik yang penting dalam permainan badminton kerana servis yang berkualiti bukan sahaja memberikan permulaan yang baik kepada permainan malahan akan meningkatkan kebarangkalian untuk memungut mata. Oleh itu,teknik servis ini harus dikuasai dengan baik agar ia konsisten dan tepat.
Terdapat pelbagai cara untuk membuat servis. Namun begitu, bagi kebanyakan pemain khasnya mereka yang masih di peringkat sekolah, dua jenis servis yang biasa digunakan ialah servis tinggi jauh belakang ( lob tinggi ) dan servis singkat / pendek ( short service).
Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.
- Berdiri dalam petak servis
- Pegang raket dengan teknik pegang depan
- Berat badan di kaki belakang
- Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang
- Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis
- Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket
- Pindahkan berat badan ke kaki hadapan
Posisi pemain
Pemain berdiri kira-kira 1m atau 1.2m di belakang garis servis pendek dengan kaki kiri di depan kaki kanan. Sebahagian besar berat badan tertumpu pada kaki belakang. Dalam posisi berdiri seperti ini, bahu kiri diarahkan kapada pemain yang akan menerima servis.
Posisi raket dan gerak ayun
Raket dipegang pada kedudukan di belakang badan sedikit dimana kepala raket berada pada paras yang hampir sama tinggi dengan kepala pemain. Selepas itu, bulu tangkis akan dilepaskan serentak dengan ayunan raket dari belakang ke bawah seterusnya ke depan. Berat badan akan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan sambil badan dikilas ke kiri. Raket perlu menyentuh bulu tangkis di bawah paras pinggang. Setelah memukul, raket akan diayun segaris dengan arah pergerakan bulu tangkis. Ayunan ikut lajak ini adalah tinggi dan melepasi bahu kiri pemain. Kebiasaannya, pemain-pemain baru akan melepaskan bulu tangkis agak lambat dan ini mengakibatkan bulu tangkis tidak dapat dipukul dengan tepat.
Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.
- Berdiri di dalam petak servis
- Pegang raket dengan teknik pegang depan
- Pegang bulu tangkis separas pinggang
- Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi
- Mata ke arah bulu tangkis
- Kunci pergelangan tangan
- Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang
- Kontak bulu tangkis pada tengah raket
Posisi pemain
Pemain akan mengambil tempat yang berdekatna dengan garis tengah dan garis servis pendek semasa membuat servis. Kedudukan permulaannya agak sama dengan kedudukan semasa servis tinggi dilakukan.
Posisi raket dan gerak ayun
Bulu tangkis dipegang di bahagian depan badan pada kedudukan yang agak rendah berbanding dengan kedudukan bulu tangkis semasa servis tinggi dibuat. Berbeza dengan pukukan servis tinggi, raket tidak akan diangkat ke belakang tetepi berada di depan badan pemain. Bulu tangkis tidak dipukul kuat seperti dalam servis tinggi tetepi seakan-akan dipandu agar melepasi jaring. Sebenarnya, ayunan yang ringan sahaja diperlukan untuk melakukan servis pendek ini. Semasa ayunan dibuat, pergelangan tangan permain tetap terkunci.
Apabila membuat servis pendek, bulu tangkis bukan sekadar dihantar melepasi jaring, malahan pemain juga perlu memastikan bulu tangkis berada sedekat mungkin di bahagian atas jaring. Ia bertujuan mengelakan daripada terus diserang oleh penerima servis. Berat badan dipindahkan dari kiri belakang ke kiri depan semasa servis pendek dibuat. Ayunan lanjutan serta putaran bahu adalah paling minimum.
SERVIS TINGGI JAUH BELAKANG (TINGGI)
Kemahiran
servis tinggi biasanya digunakan dalam permainan perseorangan. Tujuannya adalah
supaya pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk
membalas servis dan sukar untuk melakukan serangan. Ini akan menyebabkan gelanggang
sebelah hadapan pihak lawan terdedah. Bulu tangkis dipukul dari tempat
permulaan biasa atau belakang sedikit ke belakang dan dihantar ke ketinggian 22
hingga 30 kaki ke belakang gelanggang pihak lawan. Pemain memegang raket secara pepat (forehand). Bulu tangkis dipukul setinggi
22 hingga 30 kaki supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam
permainan regu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan
Cara Membuat Servis
1.Dalam
kedudukan bersedia dan raket diayun ke belakang, berat badan dipindah ke kaki
belakang. Bahagian kiri bahu pemain (tangan bebas) menghadap ke arah servis.
2.Raket
diayun ke bawah dan ke hadapan dan bulu tangkis dilepaskan serentak semasa
raket diayun ke hadapan. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan sambil mengilaskan
badan untuk menghadap jaring. Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras
pinggang.
3.Dalam
fasa ikut lajak, raket terus diayun ke atas mengikut arah pergerakan bulu
tangkis yang dituju. Raket akan terus bergerak tinggi dan melepasi aras
pinggang dan bahu tangan bebas.
SERVIS SINGKAT/PENDEK
Kemahiran
ini amnya digunakan oleh pemain dalam permainan regu. Bulu tangkis dipukul
supaya ianya melepasi aras ketinggian jaring dan jatuh di garisan hadapan
gelanggang pihak lawan. Pemain memegang raket secara pepat
atau forehand semasa melakukan servis rendah. Untuk kawalan yang baik dalam
kemahiran servis rendah, pemain boleh memendekkan sebanyak enam inci bahagian
pemegang atau handle raket untuk kawalan yang baik.
Cara-cara
melakukan servis rendah:
1. Dalam
kedudukan bersedia dan raket diayun ke belakang badan sedikit dan berat badan
dipindah ke kaki belakang. Pergelangan tangan raket dikuncikan.
2. Semasa
bulu tangkis dilepaskan, berat badan dipindahkan ke hadapan dan seluruh lengan
mengayun bersama-sama ke hadapan.
3. Bulu
tangkis disentuh di hadapan sedikit pada ibu jari kaki hadapan.
4. Pastikan
bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang.
5. Ikut
lajak adalah singkat dan tidak seperti dalam servis tinggi.
SERVIS FLIK
Servis
flik adalah sama seperti servis rendah tetapi pada saat-saat terakhir pemain akan melakukan tindakan menguis atau pukulan flik. Pukulan flik ke atas bulu
tangkis secukup tinggi melepasi pihak lawan atau penerima. Servis ini selalunya
digunakan dalam permainan regu dan merupakan variasi kepada servis rendah. Ia
digunakan sebagai satu tindakan untuk memerangkap pihak lawan secara mengejut.
Untuk memerangkap pihak lawan, laluannya adalah sama seperti servis rendah
sehingga kira-kira satu kaki sebelum raket menyentuh raket, pergelangan tangan
dilonggar untuk melakukan flik atau kuis.